Buku ini menerangkan tentang gambaran umum tentang pakaian masyarakat di Jambi. Terdapat enam pakaian adat yang ada di Jambi, mengikut tempat dan budaya masing-masing. Buku ini juga sangat padat dan ringkas, seperti jilid-jilid yang sebelumnya.
Buku ini merangkumi seni dan budaya adat Jambi. Sebagai contoh, seni tari dan budaya yang diamalkan ni provinsi ini. Buku ini juga membahas tentang fungsi budaya dalam kehidupan masyarakat Jambi.
Pengertian sastera itu luas. Jadi, di dalam buku ini ada menerangkan tentang penelitian sastera adat Jambi yang merupakan suatu sistem komunikasi sosial yang tertua dalam pergaulan masyarakat.
Buku ini merangkumi hukum adat Jambi, yang sudah ada sejak zaman dahulu lagi, yang muncul bersama dengan adat Jambi. Sejak penguasa Kerajaan Jambi membawa rakyat Jambi memeluk agama Islam, adatnya mula menyesuaikan mengikut kaedah Agama Islam.
Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu anak muda pada zaman sekarang tentang adat di Jambi, supaya adat Jambi ini tidak ditelan zaman. Diterangkan jga bahawa daerah Jambi ini adalah sebahagian dari Tanah Melayu pada ketika dahulu.…